Bintang antarabangsa Mesir itu memastikan Liverpool meraih kelebihan selesa dalam perlawanan separuh akhir pertama itu apabila menjaringkan dua gol pertama, masing-masing pada minit ke-35 dan 45.

Dua lagi gol Liverpool dijaringkan oleh Roberto Firmino pada minit ke-61 dan 68 manakala satu lagi gol menerusi Sadio Mane pada minit ke-56.

Roma bagaimanapun bangkit pada penghujung perlawanan untuk memastikan mereka memiliki peluang dalam pertemuan kedua di Rom pada 3 Mei nanti apabila Edin Dzeko membolosi pertahanan Liverpool pada minit ke-81 sebelum Diego Perotti menyempurnakan sepakan penalti empat minit kemudian.- UTUSAN ONLINE