The Reds memulakan kempen musim ini tanpa kekalahan biarpun kebanyakan pemain mereka baharu bersama selepas tidak menyertai kelab itu sewaktu aksi pra-musim kerana Piala Dunia.

Klopp meletakkan pemain mereka dengan latihan berganda bagi mendapatkan prestasi terbaik agar dapat memulakan musim ini dengan cemerlang.

“Pemain masih belum berada di tahap terbaik mereka lagi.

“Ini kerana kami masih di peringkat awal musim lagi dan itu adalah sesuatu yang biasa.

“Semua pasti tahu bahawa kami mempunyai banyak tugasan yang harus dilakukan dan apabila anda memenangi empat perlawanan pasti bunyinya amat gila namun ia masih sebahagian daripada pra-musim buat kami,” kata Klopp. - AGENSI