Liverpool kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan kelebihan satu mata mengatasi pencabar terdekat mereka, Manchester City. Reds hanya berjaya melakukan satu percubaan tepat dan bos Liverpool itu berkata, mereka beraksi di bawah tahap sebenar kerana berdepan beberapa isu kece­deraan.

Kelab Merseyside itu kehilangan Roberto Firmino yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, begitu juga dengan pemain United iaitu Ander Herrera, Juan Mata dan Jesse Lingard.

“Perlawanan yang pelik. Kami bermula dengan baik seperti yang diingini. Kemudian masalah kecederaan mula hadir dan jelas sekali ia menjejaskan rentak permainan kami. Bagaimanapun, pada akhirnya kami perlu akui United bermain sempurna dengan penye­rang dan pemain tengah yang baharu. Kami hilang rentak dan tidak berjaya mengembalikannya.

“Situasi menjadi tertekan. Hanya satu mata kami berjaya kutip. Adakalanya United boleh dikalahkan. Anda perlu melakukannya, namun, kali ini gagal berbuat demikian,” kata Klopp.

Tiada satupun serangan berbahaya yang berjaya dihasilkan ketika menentang United oleh bintang Liverpool seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane. Justeru, Klopp menggesa anak-anak buahnya untuk bangkit dalam pertemuan menentang Watford, Khamis ini. – AFP