Keempat-empat gol tersebut dijaringkan oleh Mohamed Salah pada minit-26, Dejan Lovren minit ke-40, Dominic Solanke minit ke-53 dan Andrew Robertson minit ke-85.

Chelsea yang merupakan pencabar Liverpool terpaksa berpuas hati untuk berada di kedudukan kelima selepas dibelasah 3-0 oleh Newcastle.

Selepas ini, Liverpool boleh mengalihkan tumpuan mereka terhadap aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 26 Mei ini di Kyiv, Ukraine. - AGENSI