Jaringan separuh voli Dejan Lovren pada minit ke-11 meletakkan Reds di depan seawal minit ke-11, sebelum Mohamed Salah (penalti), Xherdan Shaqiri dan Fabinho menambah tiga lagi gol pada babak kedua.

Tottenham bagaimanapun terus menghambat Liverpool selepas berpesta gol 5-0 ke atas Bournemouth dalam perlawanan yang menyaksikan Son Heung-min kembali menemui sentuhan dengan meledak dua gol.

Tiga lagi jaringan Spurs disempurnakan oleh Christian Eriksen, Lucas Moura dan Harry Kane. - AGENSI