Reds, yang menewaskan Everton pada separuh akhir 2012, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada Piala FA, juga akan menjadi tuan rumah kepada jiran mereka yang bergelut dengan prestasi dalam Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Everton ketika ini sedang berhadapan tempoh yang memeritkan dalam Liga Perdana dan gagal layak ke peringkat kalah mati Liga Europa, walaupun mereka kini telahpun melantik pengurus baharu, Sam Allardyce bagi mengubah nasib kelab itu.

Dalam perlawanan lain, juara bertahan, Arsenal akan memulakan cabaran mereka dengan bertandang ke kelab divisyen dua, Nottingham Forest, manakala pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City bertemu Burnley di laman sendiri.

Arsenal bukan satu-satunya kelab gergasi Liga Perdana yang berdepan pasukan divisyen dua, malah Manchester United juga bakal melayan kunjungan Derby County di laman sendiri dan Chelsea pula ke Norwich.

Southampton akan bertandang ke Fulham dan West Ham serta Swansea, masing-masing beraksi menentang Shrewsbury dan pendahulu Liga Kejuaraan, Wolverhampton Wanderers di padang lawan. - AFP