Walaupun pada satu ketika skuad bimbingan Jurgen Klopp ini ketinggalan hasil jaringan pemain tuan rumah, Jack Cork hasil kesilapan penjaga gol, Allison Becker namun Liverpool bangkit pada baki permainan selepas itu.

Tanpa Sadio Mane yang tidak diturunkan, tugas menjaringkan gol diambil alih James Milner yang menyamakan kedudukan diikuti gol sumbangan pemain gantian, Roberto Firmino dan Xherdan Shaqiri.

Dengan keputusan itu, Liverpool kekal berada dua mata di belakang City yang turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Watford semalam. - AFP