Cabaran tersebut dibuat oleh kapten Liverpool itu apabila mereka akan menghadapi Bayern Munich dalam aksi pertama kalah mati Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi esok (waktu Malaysia) malah berkata kem latihan yang dilakukan di Marbella adalah untuk menetapkan hala tuju pasukan hingga akhir musim ini.

“Kami perlu mengambil perlawanan satu demi satu dan Bayern Munich adalah perlawanan terbesar pada musim ini.

“Itu yang kami perlu lakukan, bukan hanya mengenai satu kejohanan dan saya berasa kami memiliki skuad yang bagus untuk memberi cabaran dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

“Diharapkan pada hujung musim ini kami boleh berkata kami juara sekurang-kurangnya satu piala, jika gagal mendapatkan kedua-duanya,” kata Henderson.

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp membawa pasukannya untuk mengadakan latihan di Marbella pada minggu lalu dan Henderson berkata The Reds lebih bersemangat untuk beraksi menentang juara Jerman.

“Marbella sangat penting, bukan hanya untuk perlawanan ini tetapi untuk menghadapi baki saingan liga.

“Kami akan lihat di mana kami berada pada hujung musim ini. Kami berasa bagus apabila berada di tempat lawan sebagai satu pasukan, bersedia untuk perlawanan ini dan baki liga. Latihan amat ketat dan semua pemain berada di tahap terbaik untuk aksi esok,” katanya lagi. - AGENSI