VIRGIL VAN DIJK

menghambat Manchester City apabila melayan kujungan Bournemouth, malam ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp sebelum ini mencatat rekod 16 kemenangan berturut-turut tetapi keputusan seri 1-1 yang diperoleh ketika menentang Leicester dan West Ham telah

membuka ruang kepada City dan Tottenham yang berada di tangga ketiga untuk memanjangkan tempoh penantian Liverpool selepas kali terakhir menjuarai EPL 29 tahun lalu.

Hanya Manchester United menjuarai EPL lebih banyak daripada Liverpool yang memenanginya 18 kali namun anak-anak buah Klopp perlu segera bangkit untuk menamatkan penantian

mereka hampir tiga dekad lamanya.

Suasana tegang bukan sahaja dapat disaksikan daripada tempat duduk penyokong malah dalam padang juga turut terasa selepas Liverpool turun ke tangga kedua pada minggu lalu.

“Anda dapat merasakan perasaan itu, begitu juga penyokong dan saya fikir ini bukan masa terbaik untuk bercakap mengenainya.

“Jelas sekali semua orang mahu memenangi EPL, begitu juga dengan kami namun adakalanya anda perlu bersabar,” kata pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

Dalam pada itu, Klopp turut mengakui selepas menentang West Ham, pasukannya perlu menikmati setiap perlawanan berbanding bimbang untuk menghadapi sebarang kemungkinan

termasuk terkeluar daripada perebutan trofi EPL.

“Bukan soal tekanan tetapi menikmati situasi anda ketika ini. Kami mempunyai 62 mata dan tewas sekali sepanjang musim ini, semuanya amat positif,” kata Klopp.

Sekiranya Liverpool gagal menjulang trofi EPL itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pada musim 2009 dan 2014 mereka menduduki tangga teratas liga selepas Hari Krismas namun mensia-siakan peluang itu di saat akhir. - AFP