Bagaimanapun, difahamkan juara Eropah itu tidak berminat untuk mendapatkan Nabil sekiranya mereka terpaksa membayar jumlah yang sama seperti dipersetujui oleh Lyon pada tahun lalu.

Bos The Reds, Jurgen Klopp masih berminat mendapatkan khidmat pemain tengah Perancis itu dalam usahanya mencabar Manchester City bagi perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Liverpool berkemungkinan dapat membeli Nabil dengan nilai yang lebih rendah.

Aksi persahabatan Liverpool menentang Lyon di Geneva pada 31 Julai ini bakal menjadi kunci rundingan di antara kedua-dua kelab tersebut, menurut laporan media Perancis, Le Progres. - AGENSI