Lineker menerima anugerah Kasut Emas selepas meledak enam gol daripada lima perlawanan, malah kehebatannya sepanjang kempen Piala Dunia di Mexico membolehkan dia kemudian diikat gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona sejurus tamat kejohanan.

Selepas tewas kepada Portugal dan seri menentang Maghribi, Lineker muncul wira England apabila meledak hatrik untuk membantu pasukannya melepasi peringkat kumpulan.

Anak-anak buah Bobby Robson tewas 1-0 kepada Portugal dalam aksi pembukaan kumpulan, sebelum terikat tanpa jari­ngan dengan Maghribi, sekali gus menyukarkan misi mereka untuk melepasi peringkat awal.

Pertemuan menentang Poland iaitu misi wajib menang membuatkan England turun beraksi dalam tekanan dan terima kasih kepada Lineker kerana berjaya meledak hatrik untuk membawa pasukannya melangkah ke pe­ringkat kalah mati menerusi kemenangan 3-0.

Lineker yang ketika itu beraksi dalam kesakitan kerana belum pulih sepenuhnya daripada patah lengan meneruskan kecemerlangan di pusingan kedua apabila meledak dua lagi gol untuk membantu England menewaskan Paraguay 3-0, sekali gus pilihan utama di Mexico.