Beraksi dalam keadaan cuaca panas terik di hadapan kira-kira 10, 000 penyokong, kedua-dua pasukan jelas bergelut untuk mendapat rentak permainan apabila terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Serangan balas kedua pasukan pada separuh masa kedua juga tidak menghasilkan jaringan.

Ketika perlawanan dilihat bakal tamat dengan keputusan seri, penyerang muda negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid berjaya menyudahkan hantaran Andik Vermansah pada minit ke-85 sekali gus membolehkan pelawat mengutip tiga mata penuh yang dicari. - UTUSAN ONLINE