Milan Pavkov menjaringkan dua gol dalam tujuh minit separuh masa pertama, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama perlawanan Liga Juara-juara buat kelabnya dalam 26 tahun.

Liverpool masih mendahului Kumpulan C, tetapi ketinggalan di belakang Napoli atau Paris Saint-Germain yang bakal akan bertembung perlawanan peringkat kumpulan.

“Para pemain sangat kecewa, saya juga kecewa dan kami sepatutnya bermain lebih baik, tetapi malam ini segalanya sudah terlambat,” kata bos Liverpool Jurgen Klopp.

Juara Piala Eropah pada 1991, Red Star tidak pernah lolos babak kelayakan Liga Juara-juara sebelum ini.

Klopp mengakui pasukan lawan cukup bersedia dengan begitu banyak gerakan dan akhirnya membuahkan hasil untuk mereka.

“Tidak lama selepas itu mereka menjaringkan gol kedua dan kemudian suasana amat berbeza, anda boleh merasakannya.

“Mereka terus menguasai dan kami terpaksa menangani keadaan.”

Naib juara Liga Juara-Juara musim lalu itu dihukum kerana permulaan hambar selain keputusan Klopp melakukan tiga pertukaran berbanding kesebelasan utama yang seri 1-1 di Arsenal, Sabtu lalu. - AFP