Pemandu van itu dilihat melempar sisa makanan tersebut daripada seorang kanak-kanak yang telah selesai menjamu pisang, lapor media Sun.

Dia mengakui melempar ke arah bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang tanpa memikirkan implikasi perkauman.

“Saya tidak bersikap rasis. Saya sebenarnya Cypriot Yunani. Saya bukan 100 peratus rasis. Saya bersumpah bahawa saya bukan seperti itu.

“Saya memohon maaf jika saya telah menyinggung sesiapa pun dari kedua-dua belah kelab, terutama Tottenham.

“Saya telah membuat perkara gila dan saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan dengan cara sebegini. Saya tidak bermaksud apa-apa,” jelasnya.

Ahad lalu, keterujaan Aubameyang untuk meraikan jaringan gol pembukaan Arsenal dicemari insiden luar jangkaan apabila dia dilempar kulit pisang oleh seorang penyokong Tottenham.

Pelaku kemudiannya berjaya dikenalpasti sebelum ditahan oleh pihak polis, sewaktu kejadian.

“Tanpa berfikir panjang saya mengutip kulit pisang di lantai dan melemparnya ke dalam padang. Saya tidak membuangnya ke arah pemain. Cuma saya buangkannya ke tepi padang.

“Saya tidak mengendahkan apa yang saya lakukan dan saya menyesalinya,” jelas Panteli yang akan dihadapkan ke mahkamah pada 18 Disember ini.

Dalam masa sama, polis turut mengesahkan mereka telah membuat tujuh tangkapan, termasuk seorang yang ditahan itu adalah Panteli.- AGENSI