Imej televisyen daripada BBC menunjukkan sekumpulan remaja sedang bergaduh di luar stadium sebelum perlawanan bermula dengan seorang lelaki menerima rawatan di tepi jalanan.

Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan membawa tukul besi.

“Kami mengesahkan seorang lelaki ditahan ekoran pergaduhan yang berlaku berhampiran kawasan kediaman Albert.

“Dia sudah di bawah ke balai polis dan akan disoal siasat oleh pegawai kami. Mangsa berusia 53 tahun yang cedera sedang mendapatkan rawatan,” kata Polis Merseyside dalam satu kenyataan di Twitter.

BBC melaporkan bahawa sekumpulan penyokong Roma bertindak menyerang penyokong tuan rumah dengan menggunakan tali pinggang.-REUTERS