United telah mengintai pemain tersebut dan bersedia membuat bidaan pada harga 75 juta pound (RM396 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England dan pemain pertahanan Leicester itu.

Namun, pemilik kaya-raya Foxes menegaskan pemain tersebut tidak akan ke mana-mana dan enggan dibuli bagi menjual bintang mereka itu.

Bos United, Jose Mourinho terdesak untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu dan menggesa Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward mengusahakan apa sahaja bagi membeli pemain pertahanan berkenaan.

Namun, Leicester enggan berganjak dan bersedia menaikkan gaji Maguire di sekitar 100,000 pound (RM528,456) seminggu bagi memastikan pemain tersebut kekal bersama kelab.

Jika Maguire menerima bayaran gaji sebanyak itu, maka dia akan berada sebaris dengan penerima gaji termahal kelab iaitu Jamie Vardy dan Kasper Schmeichel. - AGENSI