Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Leicester tetap membanggakan

CRAIG SHAKESPEARE memeluk pemainnya, Jamie Vardy sebaik tamat perlawanan menentang Atletico Madrid d
CRAIG SHAKESPEARE memeluk pemainnya, Jamie Vardy sebaik tamat perlawanan menentang Atletico Madrid dalam saingan suku akhir Liga Europa di Stadium King Power, Leicester, England, semalam. – REUTERS

LEICESTER 19 April - Pengurus Leicester City, Craig Shakespeare berkata, aksi mengagumkan yang dipamer pemainnya pada suku akhir Liga Juara-Juara membuatkan mereka tidak sabar untuk kembali kancah bola sepak kelab elit Eropah itu.

Leicester yang membuat penampilan pertama berjaya melepasi peringkat kumpulan selaku juara, sebelum menumpaskan juara Liga Europa, Sevilla dalam peringkat 16 terbaik dan tewas 1-2 secara agregat kepada naib juara musim lalu, Atletico Madrid pada aksi suku akhir hari ini.

Bagaimanapun, hasrat The Foxes untuk membuat kepulangan semula mengambil sedikit masa kerana mereka kini berkedudukan ke-12 dalam Liga Perdana Inggeris, dan misi Shakespeare sekarang adalah cuba mengekalkan kelab itu dalam liga utama England, sebelum cuba melakukan keajaiban sekali lagi pada saingan domestik musim 2017/2018.

“Saya harap manfaat daripada perlawanan ini, mereka mahukannya (aksi Liga Juara-Juara) sekali lagi.

“Mereka (pemain) sangat kecewa, tetapi kami bangga dengan apa yang telah dicapai dan kami juga bebrbangga melihat bagaimana kami membawa diri. Mereka mahukan lebih lagi.

“Semua pemain mahu beraksi di peringkat tertinggi dan Liga Juara-Juara adalah peringkat paling tinggi. Kami kena pastikan kemenangan berterusan dicatat dalam saingan Liga Perdana bermula dari sekarang,” kata Shakespeare kepada pemberita selepas tamat perlawanan hari ini.

Selepas tewas 0-1 dalam suku akhir pertama minggu lalu, Atletico menunjukkan jalan keluar buat The Foxes dengan mengikat juara Liga Perdana tersebut 1-1 di Stadium King Power, sekali gus kempunan untuk ke separuh akhir.

Shakespeare, 53, membawa impak hebat buat Leicester sejak menggantikan Claudio Ranieri apabila mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran dan menumpaskan Sevilla 2-0 dalam aksi timbal balik di tempat sendiri.

Dia hanya memiliki kontrak sehingga hujung musim ini, namun bersedia untuk memulakan rundingan baharu dengan pemilik kelab mengenai masa depannya.

“Ia (kontrak) bukan di tangan saya, tetapi di tangan kelab.

“Kami akan berbincang pada hujung musim ini. Sudah pasti saya sangat gembira untuk membincangkan mengenai perkara kerana kontrak saya akan berakhir sebaik sahaja musim ini tamat.

“Apa pun yang bakal berlaku, saya gembira dengan perjalanan kami setakat ini. Saya menikmati kempen Liga Juara-Juara kerana anda berpeluang mencongak strategi menentang pengurus-pengurus terbaik di dunia. Ia pengalaman yang amat...amat bagus,” ujarnya lagi.

Dalam aksi di Stadium King Power, Saul Niguez menanduk gol pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-26 selepas menyudahkan hantaran Filipe Luis, namun Leicester membalas menerusi rembatan jarak dekat Jamie Vardy hasil di minit ke-61. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain