Pasukan Sepanyol itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras untuk merekodkan kemenangan tipis hasil sepakan penalti Antoine Griezmann.

Dalam aksi itu, Leicester gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gawang Jan Oblak dan hanya memiliki 36 peratus kawalan bola tetapi pengendali pasukan itu, Craig Shakespeare gembira dengan aksi yang ditunjukkan.

“Kami tahu aksi timbal balas akan menjadi lebih sukar.

“Bagaimanapun rekod kami di King Power sangat baik. Para penyokong kami sentiasa menikmati perlawanan Liga Juara-Juara.

“Kami perlu mencipta lebih banyak peluang. Kami perlu lebih banyak menyerang berbanding malam ini tetapi kami tahu apa yang perlu dilakukan dalam aksi kedua di laman sendiri,” katanya.-REUTERS