Pemain kebangsaan Algeria itu menjaringkan gol pertamanya pada musim ini sekali gus menafikan jaringan Nacer Chadli. Kedua-dua pasukan terdesak untuk memburu kemenangan selepas gagal meraih tiga mata hampir dua bulan.

Leicester merupakan juara EPL 2016 kekal di tangga ke-18 liga dengan enam mata selepas lapan perlawanan manakala West Brom naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-10.

“Kami sangat kecewa. Liga kelihatan amat sukar untuk kami,” kata pengendali Leicester, Tony Pulis. - REUTERS