Sadio Mane meledakkan dua gol, manakala Roberto Firmino dan Mohamed Salah masing-masing menjadi penyumbang gol yang turut menyaksikan `Fab Four’ (kehebatan empat pemain) membawa pemenang lima kali Liga Juara-Juara itu ke pusingan kalah mati selepas sembilan tahun gagal berbuat demikian.

Liverpool muncul juara Kumpulan E menyertai Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Tottenham Hotspur melepasi saingan peringkat kumpulan dan sekali gus menjadikan England negara pertama memiliki lima wakil ke pusingan 16 terbaik.

“Kami memulakan perlawanan dengan cukup sempurna dan selepas mendahului, kami tidak lagi perlu bertahan. Amat sukar untuk kami meningkatkan permainan ke `gear’ seterusnya dan memanfaatkan ruang yang ada. Seronok dapat menyaksikan perlawanan malam ini (awal pagi waktu Malaysia),” kata Klopp kepada BT Sport. - AFP