Gol yang diperoleh menerusi sepakan penalti pada babak pertama permainan, sebelum menyempurnakan tendangan voli yang menerjah ke gawang lawan selepas rehat, menjadikan Lewansdowski kini mengumpul 56 gol dalam aksi Eropah.

Kemenangan tersebut turut membuka laluan kepada Bayern berada di kedudukan teratas Kumpulan E dengan 10 mata.

Benfica pula yang diikat keputusan seri 1-1 di Ajax, telah menyebabkan Bayern semakin hampir ke peringkat 16 terbaik dan satu mata pada pertemuan menentang Benfica dalam tempoh tiga minggu lagi akan menjamin slot kalah mati buat gergasi Jerman itu.

“Kami mengorak langkah ke depan dan memastikan pertandingan ini berada di bawah kawalan kami pada detik yang amat penting. Kami tahu kami boleh melakukan lebih baik, dan kemenangan ini sangat penting untuk meningkatkan keyakinan kami,” kata Lewandowski. - AFP