The Reds kini menerajui takhta liga dengan kelebihan dua mata tetapi bermain lebih satu perlawanan berbanding City.

Kali terakhir memenangi gelaran liga 29 tahun lalu, Liverpool kelihatan bersemangat untuk menamatkan kemarau tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki tahun 2019, skuad Jurgen Klop mempamerkan persembahan kurang konsisten sehingga mereka mensia-siakan kelebihan tujuh mata ketika berada di puncak tahun lalu.

“Ini adalah senario paling buruk untuk sesiapa yang menyokong, meminati dan pernah bermain untuk Man United, dan saya sebagai pengulas perlu bercakap mengenainya secara terbuka.

“Jadi apa yang lebih baik daripada kedua-duanya ialah Man City memenangi liga.

Ada peminat yang saya langsung tidak tahu dia menyokong Liverpool keluar daripada tempat persembunyian selepas 20 tahun tidak bersuara dan mula bercakap sekali pun mereka belum memenangi apapun. Jadi lebih menyakitkan untuk melihat mereka memenangi liga,” kata Ferdinand. - AGENSI