LAPORTE kini semakin hampir untuk bersama bertukar daripada mewakili Perancis kepada Sepanyol selepas kecewa gagal mendapat tempat dalam berisan Didier Deschamps.- AP

Pertahanan bernilai 57 juta pound (RM304 juta) itu terdahulu mewakili Perancis pada peringkat belia namun gagal menambat hati pengendali Perancis, Deschamps dalam barisan senior.

Dua tahun lalu ketika bersama kelab Athletic Bilbao, Laporte, yang dilahirkan di Basque, Sepanyol diminta oleh pengurus Sepanyol, Julen Lopetegui untuk menerokai skuad La Roja.

Dia kemudiannya dipanggil oleh Perancis dan mengisytiharkan niatnya untuk bermain bersama negara kelahirannya, selepas buntu untuk mendapat kepercayaan Deschamps bagi membarisi Les Blues pada kelayakan Euro 2020 nanti.

Sepanyol yang gagal membuktikan kehebatan mereka di Piala Dunia, bersedia mencari pengganti kepada ergio Ramos dan Gerard Pique di bawah kendalian pengurus baharu Luis Enrique, dengan Laporte digesa untuk memikirkan sekali lagi keputusannya itu.

Ditanya bagaimana rasanya melihat Perancis memenangi Piala Dunia, pemain berusia 24 tahun itu, yang kini berada di Amerika Syarikat dalam aksi pra-musim bersama Manchester City, berkata secara jujurnya dia sangat cemburu.

“Keputusan akan dibuat dan anda hanya perlu menerima mereka. Itulah cara bagaimana bola sepak berlaku.

“Ia tidak mengejutkan saya bahawa saya tidak terlibat. Saya tidak pernah berada di skuad sebelumnya yang telah dinamakan tanpa saya.

“Tetapi sebenarnya masih agak kecewa sebab saya tidak tersenarai (bersama skuad Perancis),” katanya.- AGENSI