Lallana, 30, hanya membuat tiga penampilan musim lalu dalam semua pertandingan dan turut beraksi dalam jumlah sama musim ini.

Dia terlepas aksi ketika Liverpool tewas kepada Wolverhampton dalam saingan Piala FA selepas mengalami satu lagi kecederaan tetapi dijangka kembali beraksi pada hujung bulan ini.

Walaupun terdapat spekulasi menyatakan dia akan meninggalkan Anfield tetapi Klopp menegaskan, pemain England itu masih diperlukan di Liverpool.

“Dia sangat diperlukan kerana dia boleh mengawal permainan dengan baik, dia sangat kreatif terutama di antara bahagian serangan dan tengah, dia juga memiliki kepantasan.

“Tetapi tidak mengapa, semua dalam keadaan baik. Adam tahu kami memerlukannya,” kata Klopp.-AGENSI