Bertandang ke Craven Cottage dengan keyakinan yang tinggi selepas memenangi lima perlawanan berturut-turut liga membolehkan Arsenal mendahului pada minit ke-29 hasil jaringan Lacazette.

Fulham kemudian menyamakan kedudukan 15 minit kemudian menerusi Andre Schuerrle.

Pasukan pelawat bagaimanapun bangkit meletakkan semula di depan empat minit berselang sejurus waktu rehat setelah tendangan voli Lacazette berjarak 20 meter merobek gawang Fulham.

Percaturan pengurus Unai Emery memasukkan Aaron Ramsey pada minit ke-69 membuahkan hasil 40 saat kemudian apabila pemain tengah kebangsaan Wales itu meletakkan Arsenal 3-1.

Aubameyang yang dimasukkan pada minit ke-62 menggantikan Danny Welbeck kemudian melengkapkan kemenangan bergaya skuad Gunners dengan jaringannya pada minit ke-79 dan 90.- AGENSI