Atletico merupakan pencabar terdekat Barcelona, ketinggalan satu gol pada minit ke-27 hasil jaringan Willian Jose selepas menerima umpanan daripada bekas pemain sayap Manchester United, Adnan Januzaj.

La Real menunjukkan prestasi positif sejak kehadiran jurulatih baharu, Imanol Alguacil setelah Eusebio Sacristan dipecat apabila menerima kunjungan Atletico dengan semangat juang tinggi berikutan mereka masih segar dengan kemenangan mem­belasah Girona 5-0 dan menewaskan Las Palmas 1-0 dalam dua aksi terakhir.

Ketiadaan penyerang Atletico, Diego Costa dimanfaatkan sepenuhnya oleh La Real apabila Juanmi menjaringkan dua gol lagi untuk mengukuhkan kedudukan Sociedad.

Atletico kekal di tangga kedua dengan 71 mata selepas 33 perlawanan manakala Barca 83 mata dan Real Madrid di kedudukan ketiga.

Barca terikat 2-2 menentang Celta Vigo masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dan skuad kendalian Ernesto Valverde boleh menjuarai La Liga lebih awal jika melakar kemenangan ke atas Deportivo La Coruna pada 29 April ini.

“Kami perlu mengambil langkah untuk memperbaiki mutu permainan kami dalam baki saingna liga kerana baru-baru ini kami kerap mengalami kekalahan di tempat lawan,” kata bos Atletico, Diego Simeone. – REUTERS