Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kunci pergerakan Liridon

PEMAIN Pahang dituntut memperagakan aksi lebih mantap dalam final
PEMAIN Pahang dituntut memperagakan aksi lebih mantap dalam final Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini bagi mengekang Kedah yang mempunyai tonggak berwibawa.

KUANTAN 17 Mei - Pahang perlu mengunci pergerakan bintang import Kedah, Liridon Krasniqi yang disifatkan mampu memberi ancaman kepada pasukan itu pada pertemuan final Piala FA menentang skuad Lang Merah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Bekas pemain skuad Tok Gajah yang berpengalaman beraksi dalam final Piala FA 1995, Azaruddin Aziz berkata, Liridon menjadi tonggak skuad Lang Merah yang mempunyai keupayaan membuat hantaran kepada rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol.

"Dalam skuad Kedah, saya melihat Liridon menjadi penggerak utama dan dalam saingan Liga Malaysia musim ini, pemain import itu dilihat sebagai pemain tengah terbaik ketika ini.

"Jika pemain Pahang dapat mengunci pergerakan Liridon, saya percaya peluang untuk menang lebih memihak kepada skuad Tok Gajah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azaruddin berkata, Pahang juga memiliki kekuatan dari segi pemain seperti Matheus Alves yang mempunyai keupayaan menjaringkan gol.

Selain itu, katanya, kehadiran import baharu iaitu penyerang kelahiran Argentina, Yamil Romero diharap dapat memperkuatkan serangan Tok Gajah.

"Saya juga berharap Romero menjadi kunci utama Tok Gajah pada perlawanan akhir Piala FA 2017 kerana pemain ini adalah pemain baharu dan corak permainannya belum diketuai pasukan lawan," katanya.

Tambahnya, secara keseluruhan, kekuatan Pahang dan Kedah adalah seimbang dan kedua-dua pasukan mempunyai peluang 50-50 untuk menjulang Piala FA.

Berhubung prestasi kurang memberangsangkan dipamerkan skuad Tok Gajah pada perlawanan separuh akhir Piala FA, dia berkata, Pahang perlu lebih mantap kerana suasana dalam perlawanan akhir adalah berbeza.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain