Ini juga adalah kali ketiga KL mara ke saingan suku akhir dalam tempoh empat tahun mahal ia adalah kemenangan pertama ke atas P. Pinang di Stadium Bandaraya sejak 1998.

Dalam perlawanan tersebut empat gol KL dijaringkan oleh Zaiful Hakim pada minit ketiga, Irfan Zakaria pada minit ke-13, Guilherme De Paula pada minit ke-35 dan pada minit ke-64 hasil sepakan penalti.

Sementara tuan rumah hanya mampu meraih dua gol menerusi Ndumba Makeche pada minit ke-48 dan S. Sivanesan pada minit ke-79. - UTUSAN ONLINE