Sebelum ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menjadi mangsa mereka dengan menewaskan juara bertahan itu 1-0 di stadium sama.

Tuan rumah bermula baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Zaquan Adha Radzak namun berjaya disamakan semula oleh penyerang pelawat dari Sepanyol Pablo Pallares tujuh minit kemudian.

Bersambung babak kedua, penonton disajikan dengan lima lagi gol masing-masing dua daripada Kedah menerusi Liridon Krasniqi pada minit ke-50 dan Pallares minit terakhir perlawanan.

Gol pasukan The City Boys pula disumbangkan oleh Guilherme De Paula pada minit ke-62, Paulo Josue (m-82).

Perlawanan yang pada mulanya dilihat bakal berkesudahan seri, menyaksikan jaringan kemenangan Ashri Chuchu pada masa kecederaan sekali gus memastikan tiga mata penuh milik pasukan tuan rumah. -UTUSAN ONLINE