Sane, 22 tahun terlepas bersama skuad Piala Dunia 2018, Jerman dan akan kembali bersama pasukan kebangsaannya itu untuk aksi Liga Negara-Negara UEFA dan persahabatan menentang Peru.

Bagaimanapun, dia yang masih belum bermula bersama Manchester City pada musim ini telah digugurkan untuk perlawanan Sabtu.

“Kadang-kala anda memahami bahasa tubuh Leroy yang tidak banyak beza ketika menang atau kalah.

“Dia adalah pemain yang mempunyai segalanya untuk menjadi pemain bertaraf dunia namun kadang-kala anda perlu memberitahu kepada dia agar beraksi dengan lebih baik lagi,” kata Kroos. - AGENSI