Malah, dia menjangkakan rakan sejawatannya Nelo Vingada akan merombak pasukan setelah menurunkan ramai pemain muda dalam perlawanan Jumaat lalu berbanding menggunakan ramai pemain berpengalaman ketika menentang Lebanon dan Hong Kong sebelum ini.

“Untuk perlawanan pertama, saya cukup berpuas hati dengan persembahan anak buah saya yang mengikuti segala peranca­ngan yang dibuat semasa sesi latihan dan langsung tidak memberi ruang kepada Malaysia mencipta peluang.

“Kami ke sini hanya untuk menang dan mengutip enam mata penuh bagi meletakkan kami di posisi terbaik untuk layak ke pu­singan akhir Piala Asia di UAE (Emiriah Arab Bersatu). Mungkin saya akan merombak sedikit kesebe­lasan utama yang beraksi dalam perlawanan pertama tetapi keputusan barisan terbaik itu ha­nya boleh diputuskan pagi esok.

“Saya sedikit terkejut dengan barisan pemain lawan yang menurunkan ramai pemain muda, tidak seperti video analisis yang kami lihat ketika mereka beraksi dalam tiga perlawanan sebelum ini.

“Saya tidak pernah pandang mudah kekuatan Malaysia kerana mereka bermain bagus, jadi kami perlu bermain lebih bagus untuk memenangi perlawanan itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar menjelang pertemuan kedua antara kedua-dua pasukan di sini hari ini.

Korea Utara mudah membenam Malaysia dalam perlawanan pertama apabila menguasai hampir keseluruhan permainan dan kejayaan itu pastinya menye­marakkan semangat mereka untuk pertemuan esok.

Sekiranya menang sekali lagi di Stadium I-Mobile esok, Korea Utara mempunyai peluang besar untuk mengiringi pendahulu Kumpulan B Lebanon ke pusi­ngan akhir Piala Asia 2019.

Sementara itu, penyerang Korea Utara, Kim Yu-song yang mempunyai ketinggian 180 sentimeter melaungkan keyakinan tinggi bahawa pasukannya mampu menewaskan Malaysia sekali lagi dan meraih mata penuh. – UTUSAN

iga kali perlawanan ditangguh dan saya sangat yakin dapat menang sekali lagi esok.

“Setelah menganalisis dengan teliti video corak permainan lawan, jurulatih telah memberi penekanen yang lebih ke atas set piece untuk menjaringkan gol seperti yang telah berjaya dilakukan ketika perlawanan pertama,” ujarnya. – UTUSAN