Skuad Hoben Jang Hoben hanya mencatatkan dua seri daripada lima perlawanan di bawah bimbingan pengendali berusia 65 tahun itu.

Penamatan kontrak tersebut disahkan oleh pengurus pasukan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Mohamad Haslah Mohd. Amin.

Menurut beliau, tempat Azraai kini diganti oleh jurulatih baharu dari Portugal, Mario Lemos, 34.

“Penamatan kontrak Azraai bukan diambil secara mudah, sebaliknya keputusan dibuat berdasarkan prestasi yang ditunjukkan sepanjang lebih sebulan beliau menjalankan tanggungjawab itu sejak Mac lalu.

“Prestasi dan pencapaian pasukan dalam tempoh beliau menjalankan tugas itu tidak menampakkan peningkatan dan selepas meneliti secara keseluruhannya, kami terpaksa mengambil tindakan menamatkan kontrak beliau serta-merta,” katanya, di sini hari ini.

Mengulas mengenai pelantikan Lemos, Mohamad Haslah berkata, bekas jurulatih kebangsaan Bangladesh itu menandatangani kontrak bersama skuad Rusa hingga hujung musim ini.

“Pelantikan Lemos dibuat selepas PBNS melihat rekod pencapaian beliau selain kesediaannya untuk mengembalikan semula prestasi Negeri Sembilan.

“Lemos sudah memulakan tugasnya semalam dan saya harap beliau mampu mengembalikan semula kekuatan serta persembahan pasukan Negeri Sembilan untuk kembali mencatat kemenangan dalam perlawanan akan datang,” ujarnya.

Selepas sembilan perlawanan, Negeri Sembilan menduduki anak tangga tercorot carta Liga Super dengan meraih lima mata hasil satu kemenangan dan dua kali seri.