Penyerang Brazil itu berkata, dia sangat gembira sejak tiba di Liverool dari Hoffenheim pada 2015, dan keputusan menyambung kontrak dibuat tanpa perlu berfikir panjang.

“Ia adalah keputusan yang mudah.

“Kelab ini telah membawa saya ke satu tahap yang luar biasa. Saya telah membangun sebagai pemain yang baik di sini, terima kasih atas sokongan semua pihak. Saya sangat, sangat gembira.

“Saya suka bermain untuk Liverpool. Penyokong sangat menakjubkan, terutama melihat sokongan tidak berbelah bagi yang diberikan. Mereka menyokong kami sepanjang perlawanan, ketika jatuh dan bangun,” ujarnya dalam laman web rasmi Liverpool.

Firmino telah meledak 27 gol buat Liverpool musim ini (dalam semua kejohanan) dan menjaringkan 50 gol daripada 140 penampilan sejak tiga tahun.

Liverpool juga kini berada di landasan terbaik untuk layak ke final Liga Juara-Juara selepas mengalahkan AS Roma 5-2 pada separuh akhir pertama, minggu lalu. - AGENSI