Pertahanan berusia 33 tahun itu menyertai City sejak 2008 dan membuat 360 penampilan, dengan menang empat gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA, empat Piala Liga dan dua Perisai Komuniti.

Penampilan terakhirnya ketika membantu skuad Citizens membelasah Watford 6-0 untuk memenangi Piala FA, sekali gus melengkapkan kejuaraan domestik dengan treble.- AFP