Serge Gnabry dan Leroy Sane meletakkan Jerman di hadapan pada separuh masa pertama tetapi Memphis Depay memacu kebangkitan tuan rumah dengan satu jaringan dan satu bantuan jaringan dalam aksi Kumpulan C itu.

Jerman akhirnya melunaskan dendam mereka selepas tewas kepada lawan sama 0-3 tahun lalu menerusi jaringan Nico Schulz pada minit-minit akhir permainan.

Belanda tidak pernah tewas di laman sendiri kepada Jerman dalam tempoh 23 tahun dan Koeman bertanggungjawab sepenuhnya kerana lewat melakukan pertukaran di bahagian pertahanan.

“Saya merasakan mereka akan menjairngkan gol pada minit ke-85. Kami lakukan perbincangan di bangku simpanan bagi memutuskan apa yang perlu dilakukan.

“Adakah kami patut keluarkan (Nathan) Ake dan memasukkan pemain serangan? Mungkin itu cadangan yang baik. Ini adalah kesilapan saya,” kata Koeman.-AGENSI