Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp bimbang, penyerang Switzerland itu akan menjadi sasaran penyokong Serbia.

Shaqiri yang dilahirkan di Kosovo mencetus kontroversi pada Piala Dunia, Julai lalu apabila meraikan jaringannya dengan 'gaya helang' iaitu simbolik bendera Albania.

Serbia tidak mengiktiraf Kosovo sebagai wilayah bebas yang terletak dalam Albania, dan tindakan Shaqiri mampu mengundang ancaman dari penyokong Red Stat.

Penyokong Red Star dilarang memasuki Anfield ketika kedua-dua pasukan bertemu bulan lalu, namun Shaqiri tetap diejek sekumpulan penonton yang berada di dalam stadium.

Klopp enggan mengambil risiko keadaan tegang akan menganggu tumpuan pasukannya, yang kini menerajui Kumpulan C.

"Saya tidak kisah untuk ke sana (Serbia). Saya hanya mahu bermain bola sepak.

"Ini bukan soal politik tetapi ia tentang bola sepak. Saya sudah berdepan ancaman pada Piala Dunia, jadi saya boleh atasi perkara ini," kata Shaqiri.

Pemain berusia 26 tahun itu jelas kecewa jika digugurkan atas faktor politik, apatah lagi dia kini berada dalam keadaan terbaik.

Bagaimanapun bagi Klopp, bukan isu keselamatan yang dibimbanginya ketika ini tetapi layanan buruk yang bakal diterima pasukannya sehingga mengganggu tumpuan mereka. Liverpool menang 4-0 dalam pertemuan pertama. - AGENSI