“Kami tahu dia mampu mengubah permainan ketika dia dimasukkan semasa di Salzburg. Apabila dia beraksi malam ini, jelas sekali dia adalah penyerang utama untuk Red Star.

“Dia bermain dengan baik, saya fikir jaringan keduanya mengejutkan dirinya sendiri. Dia selayaknya diberikan pujian.

Mengulas mengenai suasana di Marakana, Klopp menegaskan, mereka seharusnya boleh menyesuaikan diri.

“Ia adalah suasana yang cukup baik, saya tidak fikir kami tidak boleh bermain kerana perasaan takut atau sebagainya kerana ini adalah suasana bola sepak.

“Apa yang dinyanyikan penyokong, kami tidak faham, cuma keadaan agak bising tetapi ia bukan satu masalah.

“Mereka tidak mudah mengalah, mereka berikan segalanya. Bagi kami, semuanya tidak menjadi. Kami bermain dengan baik tetapi tidak dapat menjaringkan gol,” kata Klopp.-AGENSI