Pengurus kelahiran Jerman itu berkata, dia tidak akan sesekali menggunakan taktik yang pernah diterapkan Alex Ferguson ke atas Manchester United, meskipun begitu ramai orang yang melancarkan serangan kepada pasukannya.

Satu maklum balas biasa apabila melihat dalam kalangan penyokong musuh yang bimbang Reds akhirnya akan memecah kebuntuan gelaran dan kalau boleh mereka mahu kelab Anfield itu gagal bergelar juara sekali lagi yang telah berlanjutan selama 29 tahun.

Bagaimanapun, bos Anfield itu menegaskan, tidak terlintas dalam fikirannya untuk menggunakan sentimen ‘Sesiapa sahaja, tetapi bukan Liverpool’ untuk diterapkan ke dalam skuad bim­bingannya, seperti mana yang Ferguson manfaatkan strategi itu ketika bersama United.

Sebaliknya, Klopp berkata, dia berasa simpati kepada mereka yang mahu melihat pasukannya kalah.

“Saya tidak pernah terfikir tentang hal itu. Saya sukakan kemenangan kerana kemena­ngan itu, tetapi bukan disebabkan orang lain perlu kalah. Saya tidak boleh menggunakan sentimen peribadi untuk mencapai kemenangan dan mengharapkan orang lain kalah. Saya bukan begitu orangnya.

“Jika ada yang berfikir sedemikian dan memanfaatkan hakikat bahawa kami tidak akan memenangi liga, saya memahami mereka. Saya tidak boleh menggunakan motivasi sebegitu kerana mereka bukanlah orang yang saya gemarkan, secara jujurnya.

“Bagi saya, ia hanya buang masa memikirkan kekalahan orang lain. Jika anda menang, maka anda menang dan berhak memilikinya. Tahniah, teruskan bersikap sedemikian. Itulah persepsi saya,” katanya.

Klopp sendiri adalah pengu­rus yang disenangi peminat lawan dan mereka suka mempunyai pengendali sepertinya. Pengurus Liverpool itu juga memiliki ramai pemain di dalam skuadnya yang sentiasa merendah diri dan tidak angkuh de­ngan status mereka. – AGENSI