Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Klopp minta penyokong bersabar

JURGEN KLOPP yang terkenal dengan sikap ramahnya tersenyum ketika
JURGEN KLOPP yang terkenal dengan sikap ramahnya tersenyum ketika melayan pertanyaan wartawan dalam sesi sidang akhbar di Hong Kong semalam. UTUSAN

HONG KONG 17 Julai – Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp meminta para penyokong kelab bola sepak ternama England itu agar bersabar dan yakin dengan pembinaan skuad bagi menghadapi musim baharu, bermula Ogos ini.

“Bila? Saya tidak boleh menyatakan sama ada kita akan menang tahun ini atau tahun hadapan.

“Apa yang penting ialah apa yang kita lakukan sekarang untuk mencapai matlamat itu dan ini bukan mengenai diri saya seorang tetapi semua anggota pasukan,” katanya.

Malah Klopp menegaskan be­liau tidak risau dengan ‘kekura­ngan aktiviti dalam pasaran perpindahan pemain’ kerana beliau ‘tidak berhasrat menjadi luar biasa hebat di dalam musim perpindahan’.

Sejak musim perpindahan dibuka 1 Julai lalu, Reds baru meraih dua pemain iaitu penyerang, Dominic Solanke dari Chelsea secara percuma dan Mohamed Salah dari AS Roma pada harga memecah rekod LFC sebanyak 36.9 juta pound (RM207.442).

“Secara umumnya, kami berjaya memastikan skuad kami kekal seperti musim yang lalu. Jadi kini adalah berkaitan soal kesabaran. Kadang-kadang, sesuatu yang indah berlaku apabila kita menunggu dan membangunkan para pemain kita sendiri.

“Di Liverpool, kami bersedia melakukannya,” kata beliau dalam sidang akhbar khas bersempena kunjungan Liverpool FC ke bandar raya ini dalam kejohanan Piala Asia 2017 tajaan Standard Chartered Bank di sini hari ini. Skuad 25 pemain Liverpool yang mendarat pagi ini, diterbangkan khas dengan Malaysia Airlines.

Liverpool dijadual menentang dua pasukan iaitu Crystal Palace pada Rabu ini, dan akan menentang pemenang perlawanan antara Leicester City menentang West Bromwich Albion pada 21 Julai.

Klopp yang sememangnya seorang yang peramah, turut ditanya setelah membawa perubahan kepada kedudukan Liverpool termasuk ke anak tangga keempat liga musim lalu, apakah Liverpool turut ‘merubah’ diri beliau.

Sambil ketawa, Klopp berkata, beliau baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 kelahiran beberapa minggu lalu, sekali gus bermakna ‘agak terlambat’ untuk sesiapa mengubah dirinya.

“Saya sebenarnya berpuas hati dengan apa yang saya ada. Liverpool adalah sebuah bandar raya yang indah. Selain daripada sejarah lamanya, Liverpool juga mempunyai sebuah band yang sangat bagus (The Beatles).

“Jadi ringkasnya, saya amat menyukai bandar raya Liverpool dan selesa tinggal di situ,” kata beliau.

Kepada satu soalan sama ada sejak beliau tiba di Hong Kong pagi tadi apakah ada menerima panggilan mengenai pemain ter­tentu (Naby Keita), Klopp berkata, setakat yang dia tahu semua pemainnya tetap sama dan tiada pertambahan.

Mengenai perlawanan Piala Asia tersebut, Klopp berkata, pihaknya berharap para pemain dapat mempamerkan permainan yang dimahukan.

“Kami tahu bilangan besar penyokong Liverpool di Asia dan kunjungan kami ini diharap dapat mengeratkan lagi pasukan ini dengan para penyokong di rantau ini,” kata beliau. – UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain