Kemenangan tipis hasil jaringan Roberto Firmino pada penghujung babak pertama membolehkan skuad kendalian Klopp melonjak semula ke kedudukan ketiga di atas Manchester City.

Itu merupakan kejayaan pertama Liverpool dalam sembilan aksi Liga Perdana Inggeris di tempat lawan menentang pasukan Tony Pulis.

“Ini merupakan perlawanan paling sukar dan tiada perlawanan yang membolehkan awak berasa selesa.

“Bukan sekadar set-piece West Brom, mereka memiliki pemain sebenar di atas padang dan jika awak tidak agresif, mereka akan menghukum pasukan awak melalui gerakan tersusun.

“Perkara ini sememangnya menyukarkan kami, jadi kami perlu memberi fokus tertinggi dan kami berjaya lakukannya,” katanya. - AGENSI