“Saya tidak keluar membeli-belah, saya mempunyai seluar yang mencukupi untuk dipakai 20 tahun seterusnya dan ini merupakan waktu paling lama saya tidak keluar sejak keluar membeli susu.

“Saya boleh bayangkan ‘mood’ penyokong namun kami bukan sebahagian daripadanya. Kami perlu memastikan keadaan kekal seperti ini,” katanya.

Liverpool turut mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan itu bermakna mereka memburu kejuaraan berganda selepas kali terakhir melakukannya pada 35 tahun lalu.

“Kami mahu beraksi dan menang, bukannya duduk di rumah sambil mengharapkan pasukan lain kalau atau apa saja. Itu perkara yang anda perlu lakukan.

“Kami tahu kami perlu menunjukkan persembahan terbaik dan ini peluang terbaik kami untuk mencipta kejayaan,” katanya. - AGENSI