Jaringan N. Thanabalan pada minit-minit terakhir permainan, sudah cukup untuk memastikan skuad negara menewaskan Indonesia 1-0 di Stadium Shah Alam malam ini.

Dan Selasa ini, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ini akan meneruskan perjuangan untuk mendapatkan pingat emas di hadapan penyokong sendiri dengan bertemu Thailand dalam pentas akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam. - UTUSAN ONLINE