Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih pasukan itu, Massimiliano Allegri.

Sebelum ini, kedua-dua pemain itu tidak diturunkan ketika Juventus meraih kemenangan 3-0 dalam saingan Serie A ke atas Chievo, mereka tidak akan sempat pulih sepenuhnya sebelum aksi pembukaan Kumpulan D.

Kelab Gergasi Itali itu juga bakal kehilangan khidmat pertahanannya, Giorgio Chiellini yang masih lagi bergelut untuk pulih daripada kecederaan betis untuk beraksi di Nou Camp.

“Khedira dan Marchisio tidak akan beraksi. Selepas kembali daripada beraksi bersama Jerman, terdapat kecederaan yang dialami oleh Khedira yang menyebabkan dia perlu direhatkan bagi membantu proses pemulihannya,” katanya.

Musim lalu, Juventus berjaya menyingkirkan Barca daripada saingan UCL pada peringkat suku akhir dengan meraih kemenangan 3-0 secara agregat sebelum dihampakan oleh Real Madrid pada aksi final. -AGENSI