Selain beramah mesra dan menyaksikan perlawanan berlangsung, beliau juga turut menjadi pengadil satu perlawanan membabitkan pasukan bawah 12 tahun Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Apa yang menarik, Khairy kerap memberi dorongan kepada pemain dari Akademi Tunas di bawah Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Perlawanan yang diadili oleh Khairy itu berakhir dengan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.