Selepas menghadapi permulaan yang cemerlang ketika memangku tugas Jose Mourinho, malang menimpa Solskjaer apabila dia mengalami enam kekalahan daripada lapan perlawanan dalam semua kejohanan.

Tersingkir daripada Piala FA, Liga Juara-Juara, United turun ke tangga keenam liga berikutan kekalahan memalukan 4-0 kepada Everton, Ahad lalu.

Ketika ditanya sama ada United membuat keputusan tergesa-gesa untuk menawarkan jawatan tetap kepada Solskjaer sebagai jurulatih baharu Red Devils, dia berkata itu bukan menjadi keutamaan.

“Saya yakin dengan pasukan dan diri sendiri. Saya bersedia untuk mengambil ini sebagai cabaran. Saya tahu cabaran sukar bakal diterima sebelum terima jawatan tersebut namun saya berkata kepada diri sendiri saya mahu menikmati setiap detik. Saya tidak suka kekalahan namun ini cabaran yang perlu dihadapi oleh semua pengurus.

“Apabila anda menerima keputusan buruk, anda perlu yakin dan merancang sesuatu,” katanya. - AFP