Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, keputusan itu dibuat selepas kegagalan TM mematuhi kontrak yang telah ditandatangani awal tahun lalu.

“Kontrak antara TM ditamatkan hari ini selepas mereka gagal membuat pembayaran pada tahun 2019 dan mematuhi kontrak yang telah dipersetujui.

“Kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana TM melanggar kontrak yang telah ditandatangani namun tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.

“Apa pun, kita sedang berusaha mendapatkan penajaan baharu dan mungkin akan memaklumkan dalam beberapa minggu lagi,” ujarnya selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL kali ke-14

MFL sebelum ini telah mencapai persetujuan dengan TM bagi menaja Liga Malaysia (Liga M) bernilai RM480 juta, sekali gus menjadi penaja yang terbesar dalam sejarah sukan negara selama lapan tahun.- UTUSAN ONLINE