Pengendali Sabah, Jelius Ating pasukannya berjaya menampilkan segala yang dipelajari mereka semasa sesi latihan semasa beraksi dan memberi kesukaran kepada lawan untuk bangkit.

“Setiap pemain bekerja keras semasa sesi latihan dan mereka berjaya membawanya ke dalam perlawanan sebenar.

“Secara keseluruhannya memang saya gembira dengan prestasi mereka walaupun pada hakikatnya ia bukan satu kemenangan yang mudah.

“UKM bukan lawan yang muda kerana mereka berjaya menyamakan semula kedudukan selepas jaringan pertama kami tetapi kerja keras kami berjaya mengubah permainan,” katanya.

Jelius berharap, rentak kemenangan itu dalam diteruskan dalam pusingan kedua Liga Perdana bagi memastikan mereka berada di landasan terbaik untuk layak ke saingan Liga Super musim hadapan.

Dalam aksi di Likas itu, Sabah membuka tirai jaringan menerusi Alto Linus pada minit ke-20 tetapi Mohd Hafizi Amiruddin menyamakan kedudukan pada minit ke-42.

Dendy Lowa kembali meletakkan tuan rumah di hadapan, tiga minit kemudian sebelum Rodoljub Paunovic melengkapkan kemenangan 3-1 menerusi jaringan pada minit ke-59.

Kejayaan itu menyaksikan Sabah kini berada di kedudukan kedua liga selepas mengumpul 18 mata.-UTUSAN ONLINE