The Gunners berminat untuk mendapatkan bekas pemain Sevilla itu bagi mengisi jawatan pengarah teknikal selepas Sven Mislintat meletakkan jawatannya pada bulan lalu.

Monchi melepaskan jawatannya sebagai pengarah sukan AS Roma pada bulan lalu sebelum kembali ke Sepanyol namun dia tetap berterima kasih kepada Arsenal kerana menyatakan minat mereka kepadanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Arsenal kerana berminat untuk mengambil saya bagaimanapun selepas membuat penilaian terhadap semua tawaran yang diterima saya memilih majikan yang paling meyakinkan saya.

“Saya ada beberapa pilihan namun saya memilih Sevilla kerana projek sukannya meyakinkan saya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang berusaha untuk membuatkan saya kembali menyertai pasukan yang saya anggap sebagai rumah kedua saya,” katanya.

Ketika Monchi menjelaskan kembalinya dia bersama Sevilla selepas yakin dengan projek sukan kelab tersebut, dia turut mendedahkan ramai orang memberitahunya bahawa dia akan menyesal dengan keputusannya itu.

“Ramai orang di luar Sevilla memberitahu saya bahawa saya sudah melakukan kesilapan. Saya sudah menilai. Saya berada di sini bukan kerana saya peminat Sevilla tetapi selepas perbualan saya dengan kelab presiden serta beberapa eksekutif kelab.

“Mereka memberitahu idea Sevilla untuk masa depan dan saya percaya dengan masa depan kelab ini.

“Idea saya adalah untuk membantu Sevilla. Saya mahu membina pasukan ini dan boleh menjadi pencabar kepada pasukan lain,” katanya lagi. - AGENSI