Pada minggu ini, Terry membuat pendedahan bahawa dia akan meninggalkan kelab yang dinaunginya sejak 19 tahun lalu itu sejurus musim ini berakhir.

Pemain pertahanan berusia 36 tahun itu berhasrat menggantung but setelah hanya membuat lima penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Suatu keputusan beremosi yang saya buat pada awal minggu ini untuk kelab. Saya umumkan musim ini adalah yang terakhir saya sebagai pemain Chelsea.

“Ia merupakan keputusan yang berat dalam hidup saya dan keluarga, namun saya selalu mengharapkan persaraan saya dalam keadaan yang tepat, dengan cara yang betul dan pada masa yang betul. Inilah masanya.

“Saya rasa saya masih lagi pemain bola sepak, tetapi saya faham, peluang di Chelsea sangatlah terhad. Oleh itu, anda perlu berdepan dengan cabaran baharu,” ujarnya yang juga pertahanan kebangsaan England.

Terry yang juga bekas kapten England, telah membuat 578 penampilan sebagai kapten Chelsea dan menjaringkan 66 gol. – AGENSI