“Pada pukul 12.02 tengah hari, Rabu 8 Ogos, pihak La Liga memaklumkan kepada kami bahawa pemain Kepa Arrizabalaga telah memenuhi syarat yang membolehkannya meleraikan kontrak dengan Athletic Club,” menurut kelab Sepanyol itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu dijangka menggantikan Thibaut Courtois di Stamford Bridge dengan yuran mengatasi 72.5 juta euro (RM342.27 juta), iaitu harga yang dibayar oleh Liverpool kepada Roma ketika membeli penjaga gol Brazil, Alisson bulan lalu.

Penjaga gol No. 1 Belgium, Courtois dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan masih tidak kembali ke London selepas tamat Piala Dunia di Rusia.

Kepa beraksi dalam 53 perlawanan La Liga bersama Bilbao sejak dua musim lalu, dan membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan ketika Sepanyol membelasah Costa Rica 5-0 pada November, 2017.

Dia juga adalah sebahagian skuad Sepanyol pada Piala Dunia di Rusia bulan lalu, namun tidak beraksi dalam sebarang perlawanan kerana menjadi penjaga gol kedua di belakang David de Gea. - AFP